Salam kasih
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi dgn limpah kurnia Nya masih lagi aku disini.
Agak lama tidak menjejak kaki ke blogger umpama telah usang di telan waktu dan masa.
Allhamdulillah syukur juga aku ucapkan taktala pada tangga 25 shawal aku diijabkabul dengan insan yang benar benar aku cintai. maka setelah memasuki alam rumahtangga maka terlepas dan terputuslah segala peristiwa lampau. mungkin ada yang pernah membaca kisah MNH ternyata hebat aturan Allah. aku mengenali rasa kecewa dan Allah temukan aku dengan yang lebih baik. suamiku separuh jiwa dan ragaku.
Alhamdulillah kini aku menjadi seorang ibu dan memasuki anak kedua. sungguh indah aturan Allah.
masih segar di ingatan sukar untuk dilupakan kali pertama melahirkan zuriat tanda cinta dan rezeki dari Maha Besar yang Allah s.w.t kurniakan kepada kami.
Thursday, February 22, 2018
Assalammualaikum
Posted by Unknown at 1:28 AM 0 comments
Wednesday, March 25, 2015
Panggilan Review Kadet Sarjan 2015
Assalammualaikum
Maaf atas kesibukan admin untuk memaparkan sebarang info.. Alhamdulillah sya dah lepas review dan akan melakukan medical pada mggu ini jugak.. insyaALlah mungkin anda selepas ini... ok calon2 sekalian.. sila share sebarang info. :)
Posted by Unknown at 11:57 PM 45 comments
Labels: kadet sarjan 2014, kadet sarjan 2015, Polis DiRaja Malaysia
Wednesday, August 20, 2014
Aku Ingin Bercinta
Assalammualaikum... Selamat pagi haha xbole tido la... Tajuk kat atas tu melampau kan?... Haha
Alhamdulillah ak x dpt tawara kadet sarjan xde rezeki untuk ak...
Aku Ingin Bercinta
Kala ini memang aku rasa sepi kadang2 tak terluah dek hati... Tapi cinta yang aku nak story ni cinta aku pada bidang photograpy, jatuh minat mungkin.. Ada lagi perlu aaku pelajari.. Ambil gambar ni mampu mencipta satu gambaran lisan yang terbit pada hati... Ermmm pelik tu haha
Sambung
Posted by Unknown at 3:09 AM 2 comments
Saturday, July 12, 2014
ATASI KECEWA
Assalammualaikum
Setiap insan punya hati dan juga perasaan. Malah ada hatinya yang sudah terlalu parah sukar dirawat dan bertambah degil..(haha aku la tu) Terbaru ramai yang telah memohon jawatan kadet sarjan dan konstabel PDRM mesti ramai yang kecewa kerana tidak berpeluang hadir bersama dengan kawan-kawan untuk latihan. Boleh jadibanyak punca yang boleh menyebabkan kita kecewa tetapi sukar bagi kita sekiranya kita lemah untuk mengatasi kekecewaan itu. Aku juga pernah kecewa malah lebih teruk tapi untuk terus kekal teruk merugikan kita, bukankah kita perlu menghargai masa seperti mana di sebutkan dalam Al-Quran
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
dan untuk apa lagi kita perlu terus terluka. Bangkitlah dari sebuah kegagalan jika kita sangka dugaan yang Allah beri ini amat susah untuk dilalui ingatlah Nabi-Nabi kita dahulu kala mereka diuji dengan keangkuhan kaum-kaum yang menentang ajarannya. Jika kita rasa ujian ini amat berat bagaimana pula ujian orang yang sederhana hidupnya, yang fakir, yang memerlukan perlindungan daripada kita jika bukan sesama agama sesama manusia yang Allah telah tetapkan kejadianNya. tetapi mereka diuji dengan dugaan yang lebih hebat daripada kita pernahkah kita dengar rintihan mereka? pernahkah kita membantu mereka dikala mereka benar-benar memerlukan bantuan? pernahkah terdetik hati kita dengan soalan-soalan begini. Jika kita masih lagi yakin dengan keagungan Allah s.w.t bersabarlah kerana berkat ujian kesabaran ini amat tinggi nilainya tanpa kita duga nikmat yang datang daripadaNya. Terimalah ujian Allah dengan hati yang terbuka, senyumlah jika kita masih jahil tinggalkanlah kejahilan itu. Lapangkan dada menerima kelemahan diri kita sendiri muhasabah diri serta teruskan berdoa kepada Allah, dekatkan diri kita kepadaNya dan sebagai peringatan kepada diri kita untuk terus tabah.
firmah Allah s.w.t
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
Allah sayang kepada mereka yang menerima ujian dan dugaan dengan hati yang tenang dan redha. Jika kita rasa kita telah lama bersabar tetapi masih tidak beroleh hikmahNya, tanya pada hati apakah aku benar-benar ikhlas berserah diri kepada Allah s.w.t. Kita tengok balik pada setiap perlakuan kita atau mungkin kita terlepas pandang? sama-sama kita hayati“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Kesimpulannya...
adakah anda redha dalam setiap ujian ini? masihkah tembok pemisah itu wujud dalam hati kita?? robohkanlah pemisah itu dekatkan hati dan jiwa kita pada yang lebih berhak. Haruslah kita Yakin pada Allah s.w.t kerana Allah sentiasa dekat dengan anda. ucapkanlah ''INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN'' sesungguhnya dari Allah lah kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. yakinlah pada kebesaran Allah.
p/s: atas permintaan rakan saya iaitu ASHKMAL ISHA katanya. perhargaan kepada beliau. kalau nak kenal sila2 lah ye..haha
YANG BENAR
ADMIN MZ
Posted by Unknown at 3:34 AM 1 comments
Labels: atasi kecewa, kekecewaan, redha, sabar, yakin
Keputusan Temuduga Kadet Sarjan 2014
Assalammualaikum
Saya ucapkan TAHNIAH kepada kesemua yang telah dapat surat di tawarkan perlantikan kedalam PDRM. Tahniah saya ucapkan. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi atas limpah kurniaNya anda berjaya ditawarkan dan berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat. Disini juga saya ingin berpesan kepada yang berjaya, setelah anda masuk dan berkhidmat kelak jangan anda lupa pada niat serta usaha anda sampai anda diterima masuk, janganlah pula anda terlalu jauh dalam pegangan anda. sekian disini sahaja ucapan tahniah kepada yang berjaya..kepada yang tidak berjaya teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t supaya dengan limpah kurniaNya peluang untuk anda berkhidmat dalam PDRM diperkenankan olehNya. Jangan mudah kalah pada dugaan kerana ujian yang Allah telah tetapkan membentuk hati agar terus tabah sabar dan redha pada ujian yang akan datang. Ujian hati ini boleh dikatakan amat hebat sekali jika kita gagal membentuk hati kita maka gagallah kita, kalahlah kita pada satu perasaan yang hadir itu. Teruskan berharap pada Allah s.w.t teruskan berserah diri padaNya dan teruskan usaha anda sesungguhnya besar ganjaran orang yang sabar. Maka sabarlah anda menempuh ujian ini.
SEKIRANYA ANDA MASIH BELUM MENERIMA SEBARANG PANGGILAN ATAU SURAT DARIPADA IPK ANDA SILA HUBUNGI IPK ATAU BUKIT AMAN BAGI MEMASTIKAN STATUS ANDA.
SEKIAN TERIMA KASIH
YANG BENAR
ADMIN MIS
Posted by Unknown at 2:44 AM 1 comments
Labels: bukit aman, pdrm, polis sarjan, temuduga kadet sarjan 2014, temuduga sarjan 2014
Sunday, June 29, 2014
Salam Ramadhan
Assalammualaikum
kepada semua umat islam yang menunaikan ibadah puasa saya doakan kalian dalam keadaan sihat walafiat. sempena bulan yang di rahmati Allah ini semoga amalan dan ibadah kita diterima oleh Nya. Bulan ini amat istimewa bagi seluruh umat islam kerana peluang ini datang sekali setahun... Segala salah dan silap saya, saya harap kalian sudi untuk memaafkan saya.
Posted by Unknown at 10:37 PM 0 comments
Thursday, June 19, 2014
Kadet Sarjan 2014
Pengumuman Terkini
Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bagi Jawatan Sarjan (Lelaki/Wanita) Siri 1/2014
Adalah Dimaklumkan Bahawasanya, Tarikh Lapor Diri Bagi Pelatih Kadet Sarjan (Lelaki/Wanita) Siri 1/2014 Adalah Pada 10 Ogos 2014 Di Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia (Pulapol) Kuching, Sarawak.
Pada Siri Latihan Kali Ini Melibatkan kekuatan Seramai 600 Pelatih Dengan Pecahan 420 lelaki Dan 180 Wanita. Calon Pelatih Akan Diterbangkan Menerusi Penerbangan Khas Pada Tarikh Tersebut Yang Diuruskan Oleh Unit Pengambilan Bukit Aman.
Surat Tawaran Perlantikan Dijangka Bakal Diedarkan Bermula Minggu Pertama Bulan Julai 2014 Depan Secara Terus kepada Mereka Yang Berjaya. Mohon Calon Sentiasa Pastikan Telefon Berada Dalam Keadaan Aktif Untuk Dihubungi.
Sehubungan Dengan Itu, Dinasihatkan Supaya Calon Bersedia Dengan Fizikal Dan Mental Serta Stamina Yang Secukupnya. Banyakkan Berdoa Kerana Anda Telah Berusaha Dan Selebihnya Adalah ketentuan Ilahi. Elakkan Tindakan Yang Cenderung Kepada Perlakuan Jenayah Dan Aktiviti Keganasan. Elakkan Juga Terlibat Dengan Kemalangan Dan Berhati-Hati Di Jalan Raya.
Bersabarlah. Sesungguhnya Sebaik-Baik Perancangan Kita Hebat Lagi Perancangan Allah. Kita Hanya Mampu Berdoa Dan Saya Harap Pemakluman Awal Ini Sedikit Sebanyak Meredakan Keresahan Calon Dengan Penantian Penuh Harapan. Surat Tawaran Perlantikan Masih Dalam Proses.
Sebarang Maklumat Terkini Akan Dimaklumkan Dari Masa Ke Semasa.
Sekian, Terima Kasih.
(SUMBER FB)
Jika anda sudah rasa sedikit kekecewaan itu mungin peluang anda tipis..bekalkanlah iman didada, cekalkan lah hati..pohonlah pada yang Maha Esa kerana Dia Maha Mengetahui. disini saya syorkan apa perlu anda buat bagi menghadapi situasi seperti ini...
Pohonlah DOA agar dimakmbulkan hajat
Allahumma inni as aluka wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad, nabiyyirrohmah, Yaa Muhammad, inni tawajjahtu bika ila Robbi fii haajatii hadzihi (sebutkan hajat) Fataqdhii Lii. Allahumma syaffi'hu fiyya wa syaffi'nii fiih
.
Wahai Allah, sungguh aku memohon pada Mu, dan menghadap dan mengemis pada Mu demi Nabi Mu Muhammad (SAW) Nabi Rahmat, wahai Muhammad sungguh aku menghadap denganmu kepada Tuhanku tentang hajatku ini ......... maka hingga engkau mengabulkannya, Wahai Allah jadilah beliau SAW membantuku dan jadikan aku dikelompok orang orang yg dibantu oleh beliau
Semoga kalian berjaya disenaraikan.. amin..
Posted by Unknown at 12:02 AM 1 comments
Labels: kadet sarjan 2014, Keputusan Temu Duga, Polis DiRaja Malaysia, Semakan Keputusan Temu Duga
Wednesday, June 18, 2014
Keputusan Temuduga Kadet Sarjan 2014
Assalammualaikum..
Diminta kepada semua bakal2 kadet Sarjan bersabar. Kami masih mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan keputusan temuduga kadet Sarjan. Untuk makluman para kadet sekalian info ini sentiasa berubah. jadi sama-sama kita nantikan surat jawapan yang bakal sampai pada minggu hadapan atau minggu satu lagi. jadi
ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN TELEFON ANDA DALAM MODE VOLUME 10 HAHAHA
PASTIKAN ANDA SENTIASA MEMBAWA TELEFON ANDA TIDAK KIRA DIMANA JUA ANDA BERADA....
apa yang saya tahu setakat ini para kadet sarjan awam akan ditempatkan PULASAR Kuching Sarawak dan KPSL ditempatkan di PULAPOR KL Jalan Semarak.. hehe di harap bersabar yer.. tunggu je call jgn tak angkat pulak call nanti
sekian
wassalam
Posted by Unknown at 1:15 AM 2 comments
Labels: kadet sarjan 2014, Keputusan Temu Duga, PDRM 2014, Polis DiRaja Malaysia
Tuesday, June 17, 2014
Petua Kurangkan Sakit Senggugut
Salam sejahtera semua... hmmm sebelum nak menonton drama korea ni.tiba2 rasa lain macam pulak... itu yang rasa nak update pulak.. haha kali ni nak cerita pasal senggugut. kakak adik semua mesti pernah rasa semua ni...jadi saya ada lah nak share petua saya ni... tapi petua orang muda ni tak sama la dengan orang tua... cuma ni je saya mampu buat..hahaha
Pengenalan Senggugut
Senggugut ni seringkali dikaitkan dengan kitaran haid wanita. simptom ini kerap kali berulang malah boleh bertambah teruk. Bila keadaan ini berlaku ia membuatkan diri seseorang itu tidak selesa dan akan bertambah teruk bilamana emosi turut terganggu. Ia juga menyebabkan jadual harian berubah kerana bila bertambah sakit kerja pong tak jalan daaaa... hahahaceh yeye je menaip sekali hujung ayat sempoiiii jer....kekeke
so kiranya saya pun ada masalah senggugut dan paling teruk antara kalangan adik beradik. jadi untuk mengelakkan daripada emosi berlebihan saya lebih selesa mendiamkan diri kerana saya tau diri saya mcm mana.... maka takut untuk berlaku kasar saya bersikap mendiamkan diri... adakala emosi saya kurang stabil. kadang-kadang kawan juga bersikap pelik seperti orang mengidam kadang2 tu saya terasa jugak tempias nya...haha tapi emosi ni memang pelik... bila apa dia nak makan orang tak dapat bagi contohnya tiba2 tengah malam nak makan itulah inilah... padahal susah nak dapat..mulala hangin satu badan macam emosi orang mengandung... haha dipendekkan cerita.
1. Letakkan Warmer pada perut
saya biasa letak warmer jer..walaupun masih sakit tapi dapat mengurangkan rasa sakit tu... kadang2 saya letak kat belakang pada pinggang. sakit tu berkurang sebab kebas la katakan kena bnda panas..faham2 je la..haha
2. Minum air Halia
pahitkan... memang pahit tapi nak baik memang kena mencuba... kadang2 saya beli air tin ready made halia... tak tahan mmg tak banyak pilihan
3.minum air Kosong
bila darah dah banyak keluar kena banyakkan minum air kosong supaya masih ada sedikit tenaga untuk bergerak. kalau saya, memang mnum air panas bagi suam.. baru best
4. Shaklee
sekarang zaman dah canggih ade je produk sesuai tuk dimakan...tapi saya ni mana la mampu nak beli semua tu..hehe jadi ini jela saya bole buat... Produk ini memang bagus memang berkesan tapi mana larat nak beli selalu... bajet2 sket..haha.. kalau bole jangan makan panadol sebabnya ia cuma mengurangkan sakit tu sementara bukan sepenuhnya...
5.Pergerakkan dan Amalan surah
pada saya bila terasa sakit yang amat sangat dimana kesemua diatas masih sakit saya akan melakukan pergerakkan seperti berjalan walaupun masih terasa sakit yang teramat. saya tetap jugak berjalan dan membaca surah An- Nahl , ayat 69
Sebernarnya yang ke5 ni la paling berkesan kerana bila kita percaya pada Allah S.w.t maka InsyaAllah, Allah akan mengurangkan sakit anda... tapikan sakit tu penawar pada kifarah dosa kita.kerana itulah ilmu itu penyelamat kita.. sebab itu selagi saya dapat bertahan maka saya akan terus bertahan...maka selagi kita mampu hidup ucapkanlah Alhamdulillah kerana kita diuji dengan sakit yang sama serta janganlah kita bersangka buruk pada ujian kita... diharap anda terus bersabar..hmmm nak tido dulu...Assalammualaikum..kalau saya salah dipersilakan tegur...
Posted by Unknown at 3:03 AM 0 comments
Labels: atasi senggugut, emosi, kurangkan masalah senggugut, sakit perut, senggugut
Saturday, June 14, 2014
Mengapa Wanita Lambat Siap
Hai wanita di luar sana.. agak lama dah tak update blog kira nya ni baru ada idea la tu... so tak nak borak panjang2 kita terus je direct to the main point yer...
Soalannya mengapa wanita lambat siap....Kenapa perlu bersolek.. sebelum keluar bertemu janji..walaupun dengan kawan perempuan..yelahkan.. janji nak keluar jam 8 malam... tapi bersiap dari jam 4 petang...sebabnya ialah....
1. Mandi
Mandi adalah salah satu cara untuk menyegarkan diri daripada sebarang bau, penat... dan juga mewangi kan diri...hehe kira macam takde la bau masham tu boleh dihidu...pakai pewangi yang boleh bertahan selama mungkin...hehe
2. Memakai mask
Mask ni penting sebelum orang perempuan nak keluar... lagi pun takde la ketara sangat bintik hitam kat muka... kulit pun segar bugar... kalau nak cari mask,cari yang boleh pakai tuk seluruh badan.. macam yang ni... saya pakai setiap malam.. bangun tidur dan sebelum keluar.. memang segar sangat..
Posted by Unknown at 3:55 PM 1 comments
Labels: mengapa wanita lambat siap, sebelum temujanji, tips bersolek, tips sebelum keluar
Plan
Assalammualaikum..selamat petang...
semalam satu hari aku buat design ni..tapi masih tak siap lagi.. ade lg nak kena touch up...
so biar gambar berbicara je la...
semua design by mis hehe
Posted by Unknown at 2:06 PM 0 comments
Labels: flat, pelanrumah, rumah, rumah baru, rumah saya
Monday, April 7, 2014
Tahniah
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi...
Hari ni datang office macam biasa...duduk d atas lantai buat kiraan macam biasa. menghamparkan pelan bangunan di atas lantai kerana meja telah penuh dengan segala barang2 yang aku tak pasti asal usulnya...actually malas nak fikir bende tu..haha yeah
duduk bersila di atas lantai sambil membuka buku2 lama... menatap pelan dan buku. sambil membandingkan kedua-duanya. intercom pun berdering..haha suh aku masuk bilik... bos aku la..rupanya nak bincang pasal projek dekat sarikei... bos kata nak naikkan pangkat aku..dan semestinya gaji pon naek..hhaha dari seorang penolong juruukur bahan dan memegang Jawatan Juruukur Bahan dan kni memgang jawatan sebagai Projek Manager. kini semuanya berada di bawah aku dan sudah tentulah kerja bertambah banyak. secara tiba-tiba alamak..haha wish me luck semoga dipermudahkan...
Posted by Unknown at 9:05 PM 0 comments
Thursday, April 3, 2014
Selamat Petang..
assalammualaikum semua dan selmat petang..
hari ni tak update pasal PDRM tapi rasanya nak update pasal kerjaya seorang juruukur bahan. bagi adik2 yang berminat untuk bekerja atau belajar quantiti surveyer atau ukur bahan dalam bahasa melayunya... hehe
kalau ikut kerjaya ini dari segi pemahaman saya.. Menyediakan anggaran kos bangunan sebelum projek dimulakan,telah di jalankan atau telah siap berdasarkan pelan/lukisan atau senarai kuantiti. sebagai seorang jurukur bahan anda juga kena menyediakan senarai kuantiti dimana senarai kuantiti ini adalah rahsia anda dan juga syarikat..hehehe berdasarkan pengalaman saya yang sudah bekerja sebagai juruukur bahan penyediaan senarai kuantiti adalah amat penting dimana penggunaan nya boleh dirujuk kerana ia adalah senarai kita.. tapi rini sy tak nak story pasal kerja..cukup sekadar pengenalan...haha pening da...kuikui
dalam beberapa minggu lepas sy pergi kursus so sempat la merakam gambar...tapi tak sempat nak edit lagi.. msh dalam memory card camera..
Posted by Unknown at 9:15 PM 0 comments
Wednesday, March 5, 2014
Selesai Temuduga Kadet Sarjan 2014
assalammualaikum...
arini sy nak cerita serba sedikit soalan dari penemuduga hari tu....tapi sebelum tu... masa nak pergi interview ni korang pastikan tak lupa bawa SIJIL LAHIR,KAD PENGENALAN ANDA SERTA IBU BAPA DAN SALINAN, SIJIL SPM, SIJIL BERENTI SEKOLAH, SIJIL KOKURIKULUM DAN SURAT PENGIKTIRAFAN...surat ni korang kena bawa lgi sekali lau tak kena balik g print benda tu...
hari tu aku datang tepat jam 7.15 minit pagi... kerana temuduga akan dijalankan tepat 7.30 so datang awal la dalam 15 minit..tp memandangkan kami merupakan hari pertama temuduga so takde lagi pegawai datang... agak sedikit lewat pada hari tersebut.. dianggarkan dalam jam 9 jugak kami mula..selesai bagi sijil kami diberi sedikit penerangan untuk temuduga tersebut....
soalan amat senang dan korang boleh jawab la kot...cuma perlu jawab dengan yakin dalam Bahasa Inggeris ini kerana memudahkan anda semasa bekerja kelak...memandangkan aku merupakan orang yang ke4 akhir dalam temuduga tersebut, bermacam2 jenis perangai aku jumpa.. ada yang diluar terlebey cakap..bila masuk dalam mulut terkunci pulak...haha ada yang tangan sejok..berketar2 la...so aku tengok je...aku pulak terlampau aktif hari tu..jadi aku sempat la tanya soalan yang akan keluar atau ditanya tu... kemungkinan soalan yang di tanya tu sama... . bila turn aku dalam pukol 5-6 petang tu dan interview aku agak lama lebih kurangy20-30 minit.. soalannya cuma
1. PERKENALKAN DIRI SENDIRI - korang cerita la diri korang tu panjang lebar jangan tergagap2 pulak... lebih2 lagi asik sebut aaaaaaaaaaa dok cari idea...korang kena yakin...so aku cerita la latar belakang aku dengan jayanya....tu soalan PENGERUSI
2.i. ARE YOU INTERESTED
ii.WHAT IS RESPONSIBLE SERGEANT
iii. DISTRIBUTE YOUR STUDY & CONNECTION BETWEEN THIS AND THIS so jawab la dalam bahasa inggeris jugak..jgn jadi rojak sudah... dia nak tgk korang yakin tak dgn jawapan korang.Soalan ni dari Ahli 1
3.soalan yang terakhir ni senang jer... ceritakan tentang DIPLOMA anda...pastu dorang akan tanya dari huraian anda itu...terpulang pada mereka...
SO HARAP KORANG YAKIN DENGAN JAWAPAN ANDA...jangan putus asa...n jangan merepek...hehehe..Soalan ni tak jauh beza dengan soalan sy masa interview Konstabel dulu... dua2 sama susah... soalan pun memang tak kurang..
kalau ada soalan komen jela yer...
Posted by Unknown at 4:30 PM 0 comments
Labels: kadet sarjan 2014, PDRM 2014, Polis DiRaja Malaysia, sarjan, temuduga polis
Tuesday, February 25, 2014
Temuduga Sarjan 2014
assalammualaikum
Tekak aku sakit pulak sekarang ni... hujung minggu ni ada temuduga dengan Pegawai alamakkkkk....
ok aku pernah dan berpengalaman untuk temuduga ni dan merupakan kali kedua aku di temuduga untuk kali ini Sarjan berbeza dengan yang konstabel mungkin soalan masih sama.. insyaAllah.. kali ni aku dah revision sikit.... lebih dari sebelom ni...
DESKRIPSI TUGAS | 2. | Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik, jabatan siasatan jenayah narkotik, cawangan khas dan jabatan siasatan jenayah komersil. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara. |
Sekiranya nak tau apa kesudahan keputusan ujian tersebut... atau soalan tu mcm mana...korang tgk link ni pulak Selesai Temuduga
Posted by Unknown at 2:46 PM 4 comments
Labels: interview sarjan, PDRM 2014
Temuduga Sarjan PDRM 2014
assalammualaikum kawan2
pada siapa2 yang akan pergi ke temuduga sarjan atau inspektor harap korang sediakan semua yang mereka perlukan.. gambar, sijil, kalau boleh taknak slip...sijil lahir ibu bapa uoll, wajib tau.. kad pengenalan... kalau siapa2 nak tau macam mana nak dapatkan pengiktirafan JPA tu (NI PUN KENA BAWA...)kalau u takde bawa u kna jugak hantar apa yang u tak bawa.. so jangan tinggal satu ape pun...
cara nak dapatkan pengiktirafan tu caranya..
korang print benda ni...
Posted by Unknown at 2:21 PM 214 comments
Labels: pengiktirafan JPA, temuduga sarjan 2014
Friday, February 21, 2014
KISAH AKU DAN ALAM MAYA
assalammualaikum...
mulanya blog ini aku buat sekadar untuk penulisan disebabkan dulu aku suka membaca dan menulis.. lama kelamaan aku tenggelam mungkin masa dan ruang yang agak terhad untuk aku menulis. aku juga ingin kongsikan resepi yang aku cuba. segalany sudah di siapkan tetapi saat itu sifat malas atau kebetulan aku agak sibuk menyukarkan aku untuk menulis..
tetapi hari ini di dalam kesunyian dalam aku buntu aku ingin meluahkan rasa yang terbuku di hati. Adakalanya niat untuk sambung belajar itu ada tetapi di sebabkan masalah kewangan aku terpaksa menangguhkan niatku. Adakala aku ingin mencuba sesuatu yang baru tetapi perbuatanku terbatas.. dimana kesungguhan ku??? sekadar untuk mencuba atau sekadar ingin melepaskan rasa?
Aku akui bidang yang aku ceburi sekarang amat membosankan.. dari kecil aku minat untuk mengajar.. maka sudah tentulah cita-citaku menjadi guru aku ingin berada di situasi guruku ketika kecil. mereka punya kesabaran yang tinggi? apakah aku juga sama? mampukah aku bersifat sabar?
dan akhirnya hilang idea..bai bai
Posted by Unknown at 4:00 PM 0 comments
Monday, February 17, 2014
Alam Bunian
Aku tertarik akan suatu nurkilan iaitu Nurkilan Bentara Tujuh dan suatu kebetulan aku tinggal di lorong Bentara Tujuh... ok ini cuma kebetulan.. ok2 aku sebenarnya nak cerita..tapi tak ada kaitan dengan Nurkilan Bentara tujuh yer....ni cerita aku sendri...
sebelum ini aku pernah tercium suatu bau..bau yang amat senang..wangi dan tertarik. ini terjadi pada aku ketika aku sedang mengangkat barang dari rumah lama ke rumah baru jarak antara rumah cuma 10 langkah..sedang aku mengangkat barang aku terhidu baru tersebut, aku menghentikan langkah dan berdiri ditempat tersebut dan menghidu darimana datangnya bau tersebut.. tanpa mengetahui lebih lanjut aku meneruskan langkah dan membawa barang tersebut ke rumah baru..dlam perjalan balik ke rumah lama aku masih terhidu bau tersebut kejadian itu berulang hingga kali ke 3 aku ulang balik dr rumah lama ke rumah baru...bau tersebut lesap.. pagi esknya aku bertanya kepada ayah dan ahli keluarga ku yang lain sama ada mereka terhidu bau tersebut.. mereka mengatakan tidak terhidu..perbualan kami terhenti setakat itu sahaja...itulah kali pertama dan terakhir menghidu nya...
kejadian pelik yang keduanya....pernah di suatu ketika aku tinggal di kota kinabalu atas urusan peribadi hehe selama 3 ke 4 tahun.. aku juga pernah balik ke rumah ku di Lorong Bentara kejadian pelik ini berlaku dimana setiap kali aku pulang ular sawa yang agak besar berwarna hitam akan berada di tapak rumah lama tersebut... kejadian ini masih lagi berlaku. kini aku telah menetap di Lorong Bentara ternyata ular sawa ini kerap datang ianya akan muncul selepas tengah malam diantara jam 12 malam,2 pagi hingga ke 4 pagi sebelum masuknya watuk Subuh. aku baru menyedari perkara ini dimana jika aku berada di Sabah ular ini tidak pernah ada begitulah sebaliknya?? ianya masih menjadi misteri... jeng jeng jeng
Posted by Unknown at 10:45 AM 0 comments
Wednesday, February 12, 2014
M L N
Selamat Petang..
Bermula hanya berutus sms... kemudian menghilang...zzzzzzzzzzzzzz
Kemudian menyepi....
Bertemu kembali tanggal 31/1/2014
Mata berbicara seolah-olah mengerti
Tergamam...ku hadiahkan sekuntum senyuman mesra
Berjumpa kembali untuk mengenal
Walaupun hanya untuk satu malam...
Akhirnya ia sudah mampu untuk dimaknakan
Posted by Unknown at 4:04 PM 0 comments
Wednesday, January 29, 2014
Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku
Posted by Unknown at 6:53 PM 0 comments