Showing posts with label kurangkan masalah senggugut. Show all posts
Showing posts with label kurangkan masalah senggugut. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

Petua Kurangkan Sakit Senggugut

Salam sejahtera semua... hmmm sebelum nak menonton drama korea ni.tiba2 rasa lain macam pulak... itu yang rasa nak update pulak.. haha kali ni nak cerita pasal senggugut. kakak adik semua mesti pernah rasa semua ni...jadi  saya ada lah nak share petua saya ni... tapi petua orang muda ni tak sama la dengan orang tua... cuma ni je saya mampu buat..hahaha

Pengenalan Senggugut
Senggugut ni seringkali dikaitkan dengan kitaran haid wanita. simptom ini kerap kali berulang malah boleh bertambah teruk. Bila keadaan ini berlaku ia membuatkan diri seseorang itu tidak selesa dan akan bertambah teruk bilamana emosi turut terganggu. Ia juga menyebabkan jadual harian berubah kerana bila bertambah sakit kerja pong tak jalan daaaa... hahahaceh yeye je menaip sekali hujung ayat sempoiiii jer....kekeke

so kiranya saya pun ada masalah senggugut dan paling teruk antara kalangan adik beradik. jadi untuk mengelakkan daripada emosi berlebihan saya lebih selesa mendiamkan diri kerana saya tau diri saya mcm mana.... maka takut untuk berlaku kasar saya bersikap mendiamkan diri... adakala emosi saya kurang stabil. kadang-kadang kawan juga bersikap pelik seperti orang mengidam kadang2 tu saya terasa jugak tempias nya...haha tapi emosi ni memang pelik... bila apa dia nak makan orang tak dapat bagi contohnya tiba2 tengah malam nak makan itulah inilah... padahal susah nak dapat..mulala hangin satu badan macam emosi orang mengandung... haha dipendekkan cerita.

1. Letakkan Warmer pada perut
saya biasa letak warmer jer..walaupun masih sakit tapi dapat mengurangkan rasa sakit tu... kadang2 saya letak kat belakang pada pinggang. sakit tu berkurang sebab kebas la katakan kena bnda panas..faham2 je la..haha

2. Minum air Halia
pahitkan... memang pahit tapi nak baik memang kena mencuba... kadang2 saya beli air tin ready made halia... tak tahan mmg tak banyak pilihan

3.minum air Kosong
bila darah dah banyak keluar kena banyakkan minum air kosong supaya masih ada sedikit tenaga untuk bergerak. kalau saya, memang mnum air panas bagi suam.. baru best

4. Shaklee
sekarang zaman dah canggih ade je produk sesuai tuk dimakan...tapi saya ni mana la mampu nak beli semua tu..hehe jadi ini jela saya bole buat... Produk ini memang bagus memang berkesan tapi mana larat nak beli selalu... bajet2 sket..haha.. kalau bole jangan makan panadol sebabnya ia cuma mengurangkan sakit tu sementara bukan sepenuhnya...

5.Pergerakkan dan Amalan surah
pada saya bila terasa sakit yang amat sangat dimana kesemua diatas masih sakit saya akan melakukan pergerakkan seperti berjalan walaupun masih terasa sakit yang teramat. saya tetap jugak berjalan dan membaca surah An- Nahl , ayat 69


Sebernarnya yang ke5 ni la paling berkesan kerana bila kita percaya pada Allah S.w.t maka InsyaAllah, Allah akan mengurangkan sakit anda... tapikan sakit tu penawar pada kifarah dosa kita.kerana itulah ilmu itu penyelamat kita.. sebab itu selagi saya dapat bertahan maka saya akan terus bertahan...maka selagi kita mampu hidup ucapkanlah Alhamdulillah kerana kita diuji dengan sakit yang sama serta janganlah kita bersangka buruk pada ujian kita... diharap anda terus bersabar..hmmm nak tido dulu...Assalammualaikum..kalau saya salah dipersilakan tegur...