Showing posts with label bukit aman. Show all posts
Showing posts with label bukit aman. Show all posts

Saturday, July 12, 2014

Keputusan Temuduga Kadet Sarjan 2014

Assalammualaikum

Saya ucapkan TAHNIAH kepada kesemua yang telah dapat surat di tawarkan perlantikan kedalam PDRM. Tahniah saya ucapkan. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi atas limpah kurniaNya anda berjaya ditawarkan dan berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat. Disini juga saya ingin berpesan kepada yang berjaya, setelah anda masuk dan berkhidmat kelak jangan anda lupa  pada niat serta usaha anda sampai anda diterima masuk, janganlah pula anda terlalu jauh dalam pegangan anda. sekian disini sahaja ucapan tahniah kepada yang berjaya..kepada yang tidak berjaya teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t supaya dengan limpah kurniaNya peluang untuk anda berkhidmat dalam PDRM  diperkenankan olehNya. Jangan mudah kalah pada dugaan kerana ujian yang Allah telah tetapkan membentuk hati agar terus tabah sabar dan redha pada ujian yang akan datang. Ujian hati ini boleh dikatakan amat hebat sekali jika kita gagal membentuk hati kita maka gagallah kita, kalahlah kita pada satu perasaan yang hadir itu. Teruskan berharap pada Allah s.w.t teruskan berserah diri padaNya dan teruskan usaha anda sesungguhnya besar ganjaran orang yang sabar. Maka sabarlah anda menempuh ujian ini.



SEKIRANYA ANDA MASIH BELUM MENERIMA SEBARANG PANGGILAN ATAU SURAT DARIPADA IPK ANDA SILA HUBUNGI IPK ATAU BUKIT AMAN BAGI MEMASTIKAN STATUS ANDA.


SEKIAN TERIMA KASIH


YANG BENAR 

ADMIN MIS