Showing posts with label Polis DiRaja Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Polis DiRaja Malaysia. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Panggilan Review Kadet Sarjan 2015

Assalammualaikum

Maaf atas kesibukan admin untuk memaparkan sebarang info.. Alhamdulillah sya dah lepas review dan akan melakukan medical pada mggu ini jugak.. insyaALlah mungkin anda selepas ini... ok calon2 sekalian.. sila share sebarang info. :)


Thursday, June 19, 2014

Kadet Sarjan 2014

Pengumuman Terkini


Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Bagi Jawatan Sarjan (Lelaki/Wanita) Siri 1/2014


Adalah Dimaklumkan Bahawasanya, Tarikh Lapor Diri Bagi Pelatih Kadet Sarjan (Lelaki/Wanita) Siri 1/2014 Adalah Pada 10 Ogos 2014 Di Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia (Pulapol) Kuching, Sarawak.


Pada Siri Latihan Kali Ini Melibatkan kekuatan Seramai 600 Pelatih Dengan Pecahan 420 lelaki Dan 180 Wanita. Calon Pelatih Akan Diterbangkan Menerusi Penerbangan Khas Pada Tarikh Tersebut Yang Diuruskan Oleh Unit Pengambilan Bukit Aman.


Surat Tawaran Perlantikan Dijangka Bakal Diedarkan Bermula Minggu Pertama Bulan Julai 2014 Depan Secara Terus kepada Mereka Yang Berjaya. Mohon Calon Sentiasa Pastikan Telefon Berada Dalam Keadaan Aktif Untuk Dihubungi.


Sehubungan Dengan Itu, Dinasihatkan Supaya Calon Bersedia Dengan Fizikal Dan Mental Serta Stamina Yang Secukupnya. Banyakkan Berdoa Kerana Anda Telah Berusaha Dan Selebihnya Adalah ketentuan Ilahi. Elakkan Tindakan Yang Cenderung Kepada Perlakuan Jenayah Dan Aktiviti Keganasan. Elakkan Juga Terlibat Dengan Kemalangan Dan Berhati-Hati Di Jalan Raya.


Bersabarlah. Sesungguhnya Sebaik-Baik Perancangan Kita Hebat Lagi Perancangan Allah. Kita Hanya Mampu Berdoa Dan Saya Harap Pemakluman Awal Ini Sedikit Sebanyak Meredakan Keresahan Calon Dengan Penantian Penuh Harapan. Surat Tawaran Perlantikan Masih Dalam Proses.


Sebarang Maklumat Terkini Akan Dimaklumkan Dari Masa Ke Semasa.


Sekian, Terima Kasih.

(SUMBER FB)


Jika anda sudah rasa sedikit kekecewaan itu mungin peluang anda tipis..bekalkanlah iman didada, cekalkan lah hati..pohonlah pada yang Maha Esa kerana Dia Maha Mengetahui. disini saya syorkan apa perlu anda buat bagi menghadapi situasi seperti ini...


Pohonlah DOA agar dimakmbulkan hajat 



 اَللًّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجّهُ إلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ، نَبِيّ الرَّحْمَة، يَا مُحَمَّدْ، إنِّي تَوَجَّهْتُ بِكَ إلى رَبِّي فِي حَاجَتِي 


هَذِهِ... فَتَقْضِى لِي اَللَّهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ وَشَفِّعْنِي فِيْهِ

Allahumma inni as aluka wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad, nabiyyirrohmah, Yaa Muhammad, inni tawajjahtu bika ila Robbi fii haajatii hadzihi (sebutkan hajat) Fataqdhii Lii. Allahumma syaffi'hu fiyya wa syaffi'nii fiih


Wahai Allah, sungguh aku memohon pada Mu, dan menghadap dan mengemis pada Mu demi Nabi Mu Muhammad (SAW) Nabi Rahmat, wahai Muhammad sungguh aku menghadap denganmu kepada Tuhanku tentang hajatku ini ......... maka hingga engkau mengabulkannya, Wahai Allah jadilah beliau SAW membantuku dan jadikan aku dikelompok orang orang yg dibantu oleh beliau

Semoga kalian berjaya disenaraikan.. amin..

Wednesday, June 18, 2014

Keputusan Temuduga Kadet Sarjan 2014

Assalammualaikum.. 

 Diminta kepada semua bakal2 kadet Sarjan bersabar. Kami masih mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan keputusan temuduga kadet Sarjan. Untuk makluman para kadet sekalian info ini sentiasa berubah. jadi sama-sama kita nantikan surat jawapan yang bakal sampai pada minggu hadapan atau minggu satu lagi. jadi 


ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN TELEFON ANDA DALAM MODE VOLUME 10 HAHAHA


 PASTIKAN ANDA SENTIASA MEMBAWA TELEFON ANDA TIDAK KIRA DIMANA JUA ANDA BERADA....


apa yang saya tahu setakat ini para kadet sarjan awam akan ditempatkan PULASAR Kuching Sarawak dan KPSL ditempatkan di PULAPOR KL Jalan Semarak.. hehe di harap bersabar yer.. tunggu je call jgn tak angkat pulak call nanti

sekian
wassalam

Wednesday, March 5, 2014

Selesai Temuduga Kadet Sarjan 2014

assalammualaikum...

arini sy nak cerita serba sedikit soalan dari penemuduga hari tu....tapi sebelum tu... masa nak pergi interview ni korang pastikan tak lupa bawa SIJIL LAHIR,KAD PENGENALAN ANDA SERTA IBU BAPA DAN SALINAN, SIJIL SPM, SIJIL BERENTI SEKOLAH, SIJIL KOKURIKULUM DAN SURAT PENGIKTIRAFAN...surat ni korang kena bawa lgi sekali lau tak kena balik g print benda tu...

hari tu aku datang tepat jam 7.15 minit pagi... kerana temuduga akan dijalankan tepat 7.30 so datang awal la dalam 15 minit..tp memandangkan kami merupakan hari pertama temuduga so takde lagi pegawai datang... agak sedikit lewat pada hari tersebut.. dianggarkan dalam jam 9 jugak kami mula..selesai bagi sijil kami diberi sedikit penerangan untuk temuduga tersebut....

soalan amat senang dan korang boleh jawab la kot...cuma perlu jawab dengan yakin dalam Bahasa Inggeris ini kerana memudahkan anda semasa bekerja kelak...memandangkan aku merupakan orang yang ke4 akhir dalam temuduga tersebut, bermacam2 jenis perangai aku jumpa.. ada yang diluar terlebey cakap..bila masuk dalam mulut terkunci pulak...haha ada yang tangan sejok..berketar2 la...so aku tengok je...aku pulak terlampau aktif hari tu..jadi aku sempat la tanya  soalan yang akan keluar atau ditanya tu... kemungkinan soalan yang di tanya tu sama... . bila turn aku dalam pukol 5-6 petang tu dan interview aku agak lama lebih kurangy20-30 minit.. soalannya cuma

1. PERKENALKAN DIRI SENDIRI - korang cerita la diri korang tu panjang lebar jangan tergagap2 pulak... lebih2 lagi asik sebut aaaaaaaaaaa dok cari idea...korang kena yakin...so aku cerita la latar belakang aku dengan jayanya....tu soalan PENGERUSI

2.i. ARE YOU INTERESTED
   ii.WHAT IS RESPONSIBLE SERGEANT
   iii. DISTRIBUTE  YOUR STUDY & CONNECTION BETWEEN THIS AND THIS so jawab la dalam bahasa inggeris jugak..jgn jadi rojak sudah... dia nak tgk korang yakin tak dgn jawapan korang.Soalan ni dari Ahli 1

3.soalan yang terakhir ni senang jer... ceritakan tentang DIPLOMA anda...pastu dorang akan tanya dari huraian anda itu...terpulang pada mereka...

SO HARAP KORANG YAKIN DENGAN JAWAPAN ANDA...jangan putus asa...n jangan merepek...hehehe..Soalan ni tak jauh beza dengan soalan sy masa interview Konstabel dulu... dua2 sama susah... soalan pun memang tak kurang..

kalau ada soalan komen jela yer...