Showing posts with label kekecewaan. Show all posts
Showing posts with label kekecewaan. Show all posts

Saturday, July 12, 2014

ATASI KECEWA

Assalammualaikum


Setiap insan punya hati dan juga perasaan. Malah ada hatinya yang sudah terlalu parah sukar dirawat dan bertambah degil..(haha aku la tu)  Terbaru ramai yang telah memohon jawatan kadet sarjan dan konstabel PDRM mesti ramai yang kecewa kerana tidak berpeluang hadir bersama dengan kawan-kawan untuk latihan. Boleh jadibanyak punca yang boleh menyebabkan kita kecewa tetapi sukar bagi  kita sekiranya kita lemah untuk mengatasi kekecewaan itu. Aku juga pernah kecewa malah lebih teruk tapi untuk terus kekal teruk merugikan kita, bukankah kita perlu menghargai masa seperti mana di sebutkan dalam Al-Quran 

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

dan untuk apa lagi kita perlu terus terluka. Bangkitlah dari sebuah kegagalan jika kita sangka dugaan yang Allah beri ini amat susah untuk dilalui ingatlah Nabi-Nabi kita dahulu kala mereka diuji dengan keangkuhan kaum-kaum yang menentang ajarannya. Jika kita rasa ujian ini amat berat bagaimana pula ujian orang yang sederhana hidupnya, yang fakir, yang memerlukan perlindungan daripada kita jika bukan sesama agama sesama manusia yang Allah telah tetapkan kejadianNya. tetapi mereka diuji dengan dugaan yang lebih hebat daripada kita pernahkah kita dengar rintihan mereka? pernahkah kita membantu mereka dikala mereka benar-benar memerlukan bantuan? pernahkah terdetik hati kita dengan soalan-soalan begini. Jika kita masih lagi yakin dengan keagungan Allah s.w.t bersabarlah kerana berkat ujian kesabaran ini amat tinggi nilainya tanpa kita duga nikmat yang datang daripadaNya. Terimalah ujian Allah dengan hati yang terbuka, senyumlah jika kita masih jahil tinggalkanlah kejahilan itu. Lapangkan dada menerima kelemahan diri kita sendiri muhasabah diri serta teruskan berdoa kepada Allah, dekatkan diri kita kepadaNya dan sebagai peringatan kepada diri kita untuk terus tabah.  

firmah Allah s.w.t

“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]



“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Allah sayang kepada mereka yang menerima ujian dan dugaan dengan hati yang tenang dan redha. Jika kita rasa kita telah lama bersabar tetapi masih tidak beroleh hikmahNya, tanya pada hati apakah aku benar-benar ikhlas berserah diri kepada Allah s.w.t. Kita tengok balik pada setiap perlakuan kita atau mungkin kita terlepas pandang? sama-sama kita hayati

Kesimpulannya...
adakah anda redha dalam setiap ujian ini?  masihkah tembok pemisah itu wujud dalam hati kita?? robohkanlah pemisah itu dekatkan hati dan jiwa kita pada yang lebih berhak. Haruslah kita Yakin pada Allah s.w.t  kerana Allah sentiasa dekat dengan anda. ucapkanlah ''INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN''  sesungguhnya dari Allah lah kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. yakinlah pada kebesaran Allah.

p/s: atas permintaan rakan saya iaitu ASHKMAL ISHA katanya. perhargaan kepada beliau. kalau nak kenal sila2 lah ye..haha

YANG BENAR
ADMIN MZ