Monday, April 29, 2013

LUPAKAN SI DIA

assalammualaikum semua.

hari ni terasa plak nak update sesuatu yang agak bermanfaat skit..xla bermanfaat mana pun..hahaha

tajuk kat atas tu boleh macam2 bentuk..hari ni aku story pasal CARA NAK LUPAKAN SI DIA. aku dah pernah lalui semua ini.jadi aku ceritakan la sedikit banyak yang aku dah lakukan masa ini..


1.BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
Ada di antara kita sukar buang yang keruh apatah lagi nak amik yang jernih. setiap yang terjadi bersebab yer..jadi janganlah kita menyalahkan takdir. kalau boleh buanglah semua kenangan yang berkaitan dengan sidia kerna mungkin sedikit demi sedkit anda mampu hidup dengan diri anda sediri .

2.PADAM GAMBAR DAN NO TELEFON
kalau boleh..jangan kalau lah..lebih baik anda padam gambar anda dengan sidia. dan tolong jangan ragu-ragu dimana anda fikir besar kemungkinan dia akan kembali pada anda. tolong berhenti berfikir macam tu..sebab besar kemungkinan dia tidak akan menghargai anda jika anda berbaik.aku dah padam segalanya tentang dia. apatah lagi untuk simpan lagi no dia. masa kitaorang break malam tu jugak aku delete smua gambar aku..sebabnya aku kenal dia. dan tak mungkin untuk aku kembali lagi bersamanya.. 

3.BERHENTI MENJADI PERANTARA
maksudnya disini adalah jika anda mengenali ahli keluarganya berhentilah untuk terus berhubung dengan keluarga sidia kerna bila berada dengan keluarganya kenangan anda bersama dengan nya lebih mudah datang. biarlah anda mengenali mereka dan cukup sekadar menghormati orang yang anda kenali. (kan elok berbuat baik kat orang tua)hehehe. anda juga boleh berpesan kepada saudara serta teman2 anda untuk berhenti menjadi perantara atau jadi wartawan bagi pihak sidia.anda juga perlulah stop merisik pasal sidia..

4.NO STALKER
tolong yer anda..sekarang kita dah update sikit. yela bila dah berfacebook mula la in relationship lah.engaged lah.jangan jadi stalker.. kalau friend kat fb.. jgn stalk mana2 laman sosial dia. ia boleh membuat anda cemburu akan sidia dan anda tetap dibelenggu oleh perasaan itu.dan untuk yang dah unfriend atau yang dah block si dia..jangan sebok2 nak guna fb lain.jangan sebok nak add balik.. BERHENTI MENYAMAR.

5.MATANG
matangkan fikiran anda. tetapkan di hati dan minda anda anda mampu melupakan sidia. lagipun tanpa seseorang,tanpa sidia anda mampu untuk teruskan hidup.apatah lagi banyak lagi pilihan menanti anda diluar sana. berdoalah kepada Allah..insyaAllah Dia sentiasa berada di sisi anda. jangan terlalu ikut perasaan. live well okeh,...

6.TEMAN PENGGANTI
teman pengganti ni tak semestinya seseorang yang boleh anda gantikan tempat si dia serta merta hanya untuk melupakan sidia atau hanya untuk mempermainkan perasaan dia.atau untuk bagi sidia cemburu bahawa anda memang telah melupakan sidia. tak semestinya macam tu. teman pengganti ni maksudnya anda berkawan ambillah masa itu untuk mengenali mereka.mulakan proses itu dengan berkawan. mengenali isi hati mereka. tak semestinya kita kenal dia akan menjadi jodoh kita. tapi ia juga mampu putus di tengah2 segalanya. haha mereka yang putus cinta ni faham la kot.

7.MENYIBUKKAN DIRI
ini antara yang aku suka..kerna sekarang aku lebih memfokuskan diri aku terhadap kerjaya. terdapat banyak lagi yang perlu kita ketahui dalam hidup ini. yang tak sempat kita pelajari semasa di alam percintaan.. korang lebih tau la kot.hahaha yela dah sebok bercinta tak sempat nak itu ini.. belajar dah sekerat jalan..nasih baik dulu aku berminat nak sambung belajar. kalau tak da jadi macam katak di bawah tempurung.jangan kerana nak sibukkan diri sendiri korang sampai stress bagai..tak pun lupa korang ada keluarga n kawan2 yang perlu anda jaga hati mereka.hehe

8.SAMBUNG BELAJAR
seringkali aku sambung belajar demi melupakan si dia. antaranya ialah masa aku nak belajar diploma dulu aku sampai belajar jauh2.haha tak la jauh mana pun.hehehekekeke

eh dah jam 5 ni.balik dulu yer.. kalau esk aku nak sambung aku sambung je la ea.. assalammualaikum
harap boleh berguna la ea..ok..tata