ermm
salam Semuanya....
ermm tak pasti..tapi aku nak luahkan sedikit rasa aku tentang
aku juga seperti manusia lain kadang2 bergaduh hanya inginkan pendapat ada juga ingin meluahkan ketiakpuasan dihati.selalunya kita bergaduh menentukan pihak yang menang dan kalah. jika anda berada dipihak yang kalah anda akan dianggap 'looser'. aku tertanya-tanya adakah silap kita berada di pihak yang salah sehinggakan kesilapan itu membuatkan ianya di ingati sampai bila-bila. kadang-kadang berada dipihak yang salah lebih elok jika dibandingkan dengan pihak yang menang. sesetengah orang yang menang akan lupa diri dan ada juga memiliki sikap riak dalam diri. kerana itu aku lebih suka berada dipihak yang kalah. kalah juga tidak beerti kalah selamanya. tapi kita menang dari segi mental kerana tidak gila dan tertekan mungkin sebilangan dari kita mempunyai masalah itu kerana tidak punya iman yang kuat. seringkali kita dengar pepatah bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian. secara amnya sekarang manusia terbalik pula kerana ada diantaranya setelah bersenang lenang lupa akan kehidupannya yang susah dan meninggi diri malah lebih riak.aku tidak menulis kepada kisah yang kosong iaitu kisah yang hanya ada di akal fikiran tetapi pengalaman mengajar aku bersusah senang.
setelah merasa diri di alam kesenangan maka anda mudah untuk memerintah orang?? tidak saudara sekalian. jika anda menganggap diri anda sebegitu maka andalah yang kalah pada ujian Illahi. setiap yang berlaku ada hikmahnya. kehidupan ini mengajar kita mengenal hidup. hidup disamping orang tua dan keluarga, disamping kawan-kawan serta insan lain yang mungkin mengenali anda atau tidak.kita masih punya masa untuk perbaiki diri sendiri. usalah yang terbaik kawan- kawan.
#aku tak pasti aku tengah cakap pasal apa kat atas tu...ahaha hentam je la